Thursday, October 18, 2012

keluarga impianku.. Insya Allah ^^

keluarga impian
Bismillahirahmanirahim.,

Setiap insan pasti mengimpikan untuk memiliki sebuah keluarga yang bahagia. begitu juga diri aku. aku tak minta suami yang mantap isi poketnya untuk bawa aku makan angin, cukuplah dengan imannya yang mantap untuk bekalan membawa ku ke taman syurga kelak.

untuk bakal pendamping hidupku dunia dan akhirat InsyaAllah,
Ku mohon pada Allah agar selalu mendekatkan hati kita berdua..
Menjodohkan kita berdua..Memelihara keimanan kita berdua..
Ya Rahman,
ku mohon padaMu, sentiasa terangkan hati bakal imamku,
peliharalah dirinya dari kemaksiatan,
kuatkan imanya agar dia mampu menjadi bukan sekadar suami tetapi
juga pendamping yang mampu membimbing ku kepada Mu.

wahai bakal Imamku,
walau di mana jua dikau berada, ku mohon Allah sentiasa merahmatimu,
memberikan mu rezeki yang baik, melimpahkan kurniaNya padamu..
semoga dikau sentiasa dibwah lindunganNya.

Wahai bakal pendampingku di kala sunyi,
semoga kita disatukan dijalan yang diberkahiNya.
disatukan atas dasar cinta kepadaNya..
bersatu kerana menuntut keredhaanNya..
bersama mencari ganjaran dariNya..

wahai bakal peneman malamku,
semoga disetiap susah dan senang kita hadapi bersama,
semoga Allah sentiasa memberikan kesabaran bagi kita berdua.
menghadapi ranjau kehidupan duniawi..

Imamku, 
moga di hatimu ada Dia yang utama,
ku pinta hanya secebis tempat kosong dihatimu,
agar tidak kau melebihkan cintamu melainkan kepadaNya..

Imamku,
moga kelak kau bisa memberikan sebuah keluarga yang bahagia..
bahagia bukan kerna harta benda,
tp kaya dengan agama..

Fi Hifzillah Bakal Imamku. ^^

Friday, May 11, 2012

UPD473D SUD4H ^^

4HKIRNY4 S37EL4H S3K14N L4M4 T4K UPD473 BL0G N1H... B3RJ4Y4 JUG4 M3NUK4R 4P4 Y4NG P4707... H3H3H3..
W4L4UP0N X B4P3 C4N71K.. 74P1 B0L3H L4H D1 73NG0K JUG3..
3NJ0Y R34DING MY BL0G K...








P/S : JANGAN TANYA KENAPA SYE TULIS MCM TU.... HAHAHA


Sunday, May 6, 2012

nak jadi sihat???? jom!!!!

nk sihat senang je...tapi xsemua orang mampu amalkan... di sini nak share sedikit amalan yg boleh kita lakukan untuk jadi lebih sihat... hope it might helps.. :D

1. sebelum makan, bacalah doa.. bukan susah pun kan???senang mudah dan ringkas.. Doa ni boleh mengelakkan syaitan makan makanan kiter..tu yang xkenyang and asyik lapar jerr.. I.Allah bila dah mulakan dgn doa, kita kenyang and xpayah la makan lagi lepas tu..hehehe :D

2. sebelum makan jugak.. cuba tgk kuantiti makanan yg kita ambil..kalau nampak macm penuh sgt tu...kurang2kan lah...

3. makan lah makanan yang berkhasiat mcm buah2 ke..sayur2 ke kan... nak mkan fast food tu boleh tp jarang2 lah... 6bulan sekali mgkin...hehehehe

4. exercise... mesti mlas kan... selain daripada buat exercise dekat gym atau keluar jogging..lau nk senang and mudah.. sebelum dan selepas bangun tidur.renggangkan aggota badan kita..itupun dah memadai...

5. kurangkan penggunaan kenderaan... kalau nak pergi mana2 yang dekat xsampai 1km tu..eloklah berjalan kaki.. dapat juga keluarkan peluh...hehe..

rasanya banyak lagi yang boleh kita lakukan untuk jdi sihat.... terpulang pada individu la macam mana nak gayakan hidup mereka untuk jadi sihat dan cergas...


till then... hope this will helps.. <3


Tuesday, February 28, 2012

Jangan Takut Kahwin Awal

perkongsian dari iluvislam.com:

Bagaimana seorang pelajar tahun akhir universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi (tekanan) setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau.

*****
Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, "Nak bagi bini makan apa? Pasir?"
Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami 'declare', untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.
Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar 'cinta rebound', tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani hubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.
Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.
Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening?
Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.
Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?
Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.
Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.
Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.
Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.
"Seganlah. Nanti orang kata apa."
"Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran."
Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.
Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.
Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!
Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.
Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.
Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.
- Artikel iluvislam.com
Nota : Perkongsian di atas merupakan satu contoh bahawa perkahwinan di usia muda merupakan satu pilihan atau option yang ada bagi masyarakat kita. Walaubagaimanapun, keputusan mendirikan rumah tangga perlu dibuat dengan hikmah bergantung kepada keadaan pasangan masing-masing kerana kehidupan selepas bernikah adalah cabaran sebenar dan pastinya kita inginkan rumah tangga yang berkekalan sehingga akhir hayat.
"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN." (Surah Ar-Rum, 21)

www.iluvislam.com