keluarga impian |
Bismillahirahmanirahim.,
Setiap insan pasti mengimpikan untuk memiliki sebuah keluarga yang bahagia. begitu juga diri aku. aku tak minta suami yang mantap isi poketnya untuk bawa aku makan angin, cukuplah dengan imannya yang mantap untuk bekalan membawa ku ke taman syurga kelak.
untuk bakal pendamping hidupku dunia dan akhirat InsyaAllah,
Ku mohon pada Allah agar selalu mendekatkan hati kita berdua..
Menjodohkan kita berdua..Memelihara keimanan kita berdua..
Ya Rahman,
ku mohon padaMu, sentiasa terangkan hati bakal imamku,
peliharalah dirinya dari kemaksiatan,
kuatkan imanya agar dia mampu menjadi bukan sekadar suami tetapi
juga pendamping yang mampu membimbing ku kepada Mu.
wahai bakal Imamku,
walau di mana jua dikau berada, ku mohon Allah sentiasa merahmatimu,
memberikan mu rezeki yang baik, melimpahkan kurniaNya padamu..
semoga dikau sentiasa dibwah lindunganNya.
Wahai bakal pendampingku di kala sunyi,
semoga kita disatukan dijalan yang diberkahiNya.
disatukan atas dasar cinta kepadaNya..
bersatu kerana menuntut keredhaanNya..
bersama mencari ganjaran dariNya..
wahai bakal peneman malamku,
semoga disetiap susah dan senang kita hadapi bersama,
semoga Allah sentiasa memberikan kesabaran bagi kita berdua.
menghadapi ranjau kehidupan duniawi..
Imamku,
moga di hatimu ada Dia yang utama,
ku pinta hanya secebis tempat kosong dihatimu,
agar tidak kau melebihkan cintamu melainkan kepadaNya..
Imamku,
moga kelak kau bisa memberikan sebuah keluarga yang bahagia..
bahagia bukan kerna harta benda,
tp kaya dengan agama..
Fi Hifzillah Bakal Imamku. ^^